I will follow you

Thursday 27 March 2014

Bolehkah memberi anak makan sebelum 6 bulan?

Persoalan ini biasa bermain di fikiran mama2 sekalian..
Dalam dilema antara mahu ikut perkembangan sebenar baby @ mendengar kata2 orang tua..

Saya jg mengalami perkara ini..
Lil Khalif yang berumur 5 bulan dikatakan sudah mahu makan oleh pengasuhnya..Sentiasa lapar katanya..Kat umah cam ok je cam cukup je susu..Tapi sy mahu tunggu dia cukup umur 6 bulan baru nak perkenalkan 1st solid food (yay teruja hihi)..

Kebetulan baru2 ini Lil Khalif demam dan saya membawanya ke Klinik Sara Hana Kuantan..Kami berjumpa dengan Dr Suhana(memang lemah lembut dan ramah tamah orangnye)..Lalu sy mengambil kesempatan bertanya berkenaan makan ni..

Katanye..
Jika baby berumur 5 bulan kita tengok die macam x cukup susu,macam nak makan je boleh lah diperkenalkan makan setelah berumur 5 bulan 2 minggu..

Utk 3 hari pertama hanya berikan sesudu buah-buahan @ sayur..

Selepas 3 hari bila tengok baby ok je makan tu bolehlah diberi makan lebih banyak..

Lil Khalif dah 5 bulan 3 minggu sekarang ni tapi mama decide untuk bagi die makan minggu depan..Dalam beberapa hari sebelum genap 6 bulan..Teruja campur risau..hehe

Wajah kesayangan hamba (asik gmbr henpon je bile la nak dapat compact sebijik)
Bukan risau apa..

Kakak Aischah telah mula diberi makan sejak berumur 4 bulan..(Maafkan mama kakak..Sangat kurang ilmu waktu itu..)
Mungkin disebabkan makan terlalu awal kakak sering bermasalah sembelit..
Dan hingga kini kakak 4 tahun 6 bulan bila 2hari x ke toilet mama terus gabra tanya kakak dah berak ke belum..
Tapi semakin kakak membesar masalah sembelit itu semakin kurang terjadi..Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment