I will follow you

Wednesday 7 October 2015

Kesan power pumping

Haa ingat x post sebelum ni berkenaan power pumping?
Time tu susu tengah drop
Sekali pam dapat 2,3 oz saje sedeyhhh
Kalo x hengat meh klik cni
http://noraaischah.blogspot.my/2015/09/teknik-meningkatkan-penghasilan-susu.html

Hari ni I olls nak share hasil nya berpower pumping
Tp sy just wat 2 hari je (Mind set mesti betol & kuat ye)
X sempat wat sampai 3 hari pon
Tapi hasilnye adelah mabeles

Nampak kan perbezaannye
Alhamdulillah rezeki afif



Bile transfer dari freemie cup ke botol mmg penuh sampai ke penutup
Pemalas betol momma nak buh botol lain kihkih

Oh sebelum terlupa
Sy pam ni 30 minit
Memang pam auto stop bila 30 min

So, selamat ber power pumping

Sunday 27 September 2015

Teknik meningkatkan penghasilan susu badan

Susu merudum?
Oh my
Mula la hati nak rase susah kannn

Punca kejadian ini berlaku adalah pada cuti Raya Aidiladha saya tertinggal pam di Kuantan..sobss
Macam ni lah mak mak bekerja
Bila cuti jangan lah mngepam pon cuti
Akibatnya penghasilan susu akan berkurang bila bekerja

Tapi mama afif wat lek wat peace haje lagi kehkeh
Sebab dh tau bila susu merudum apa nak buat

Power Pumping
Power pumping merupakan satu teknik yang meniru keadaan baby yang sedang mengalami 'growth spurt' iaitu dengan menghantar signal kepada badan kita untuk menghasilkan lebih susu.

Cara power pumping dengan pam double:
20 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam

Cara power pumping dengan pam single/marmet:
10 minit pam sebelah kanan
10 minit pam sebelah kiri
10 minit pam sebelah kanan
10 minit pam sebelah kiri
10 minit pam sebelah kanan
10 minit pam sebelah kiri

Kedua2 cara ni total die 60 minit iaitu sejam
Paham kann

Power pumping seeloknya dilakukan pada jam 12 pagi hingga 6 pagi
Time ni lah badan kita mengeluarkan hormon prolaktin dengan tinggi
Seminggu 3 kali
Lepas 3 hari berturut2 wat power pumping insyaAllah supply akan meningkat (bergantung pada badan seseorang berapa lama kena wat)
Selamat mencuba....chayokk mommies!

Dulu masa belum ada pam saya wat power pumping dengan marmet sahaja
Ha power tak power
Yang penting usaha & jangan susah2 hati hokeh

Sunday 20 September 2015

eco brown free sample giveaway

Baru-baru ni suka2 nak cuba giveaway dari eco brown
Alhamdulillah
Bertuah juga rupanya saya haha

Thank you eco brown kasik free 500g eco brown's original rice kat afif
Dah pun selamat sampai
Excited nak bukak

Brown is Better


Ini lah dia 500g ecobrown's original unpolished brown rice
Lepas ni tunggu entry saya cara nak wat bubur baby dari brown rice ni hihih


Thursday 5 February 2015

Bersalin normal dengan gbs

Korang penah x taip pastu delete
Taip pastu delete
masa tgh wat entri?
Bhahaha
entri ni paling susah nak taip rs nye
Entri serius (heeee)

Ok nak sambung citer psl bersalin normal dengan gbs
Untuk paham bleh baca entri saya sebelum ni

Bila sekali sahaja disahkan ada gbs samada dah xde gbs selepas amik antibiotik @ x, kita tetap akan diberi antibiotik sebelum bersalin.
antibiotik akan di injek semasa contraction & bukaan telah berlaku

Antibiotik ni perlu diberi sekurang-kurangnya 4 jam sebelum kelahiran
Tapi untuk kes saya 2 jam je saya dah pun bersalin

Ape lg lps2 kuar labor room baby trus diambil dr mama untuk masuk wad lain
Pemantauan dibuat 48jam di hospital
Dan diberi antibiotik selama tempoh itu (habis lah segala bakteria2 baik my baby..uhuhu)

Alhamdulillah
Setelah 48 jam x de lah berlaku jangkitan bakteria2 pape pd baby
Sian baby trauma
Mane tak nye 2 x sehari baby dicucuk amik darah

Tapi saya sedikit tak puas hati bersalin kat htaa ni adalah
1- saya x diberi antibiotik awal2 walaupun diorang sume ( doc n nurse) tau saya ada gbs
2-baby saya diberi susu formula seawal kelahiran di wad baby..gigih saya naik ke wad baby lps2 bersalin gitu untuk bg susu emas kolostrum tuh taw..tapi kecewa baby x nak menyusu..rupanya ada misi y tanya "nak ke dia susu?kitorang dh bg dh tadi".. Adui sedehh



Tuesday 3 February 2015

Disahkan gbs positif masa mengandung

Gbs?
What the ??
Bukan geng bas sekolah hokeh

Tika mengandungkan baby ke-3 saya mengalami keputihan yang menggatalkan 

Ms pi checkup bulanan saya memberitahu dokter masalah keputihan ini.
Doc pn wat swab test n result nye saya disahkan gbs +ive (sigh)

Saya telah diberi mkn antibiotik utk 5 hari
Ni die antibiotik tersebut 2 biji sehari

Tetapi saya tetap perlu diberi antibiotik sebelum melahirkan bagi mengelakkan baby dijangkiti kuman

Eh sebelum terlupa

Gbs adalah bakteria y tidak merbahaya kepada ibu tetapi boleh menjangkiti bayi even since dalam kandungan lagi (jahat kan bakteria gbs ni)
Sebab tu antibiotik mesti kena amik

Nanti saya nak citer proses kelahiran bersama masalah gbs nih sebab dulu sebelum bersalin jenuh saya duk gugel ade x mak2 dengan gbs yang bersalin normal & bersalin di htaa (susah ati mak noks hehe)

Saturday 31 January 2015

Hilangkan sakit pinggang semasa mengandung


Tips kali ni bukan hasil gugling @ mana2 sumber tetapi adalah pengalaman sy semata2..

Ni bukan mlm ke bisnes online ke taw.
Saya ni masa mengandung kali ke3 sampai kruk krak bunyi pinggang sakitnya hanya Allah y tau..

Ditakdirkan satu hari sy menonton satu rancangan di tv alhijrah pasal solat..
Kt situ ditunjukkan cara rukuk y betul iaitu 90 darjah..

Jadi pd hari itu saya berazam memperbetulkan perbuatan solat saya sewaktu rukuk

Nampak tak 90 darjah? - gambar hasil google hihi
Hasilnya tiada lagi sakit di pinggang tiada juga bunyi bunyian di pinggang..
Subhanallah indahnya percaturan Allah..