I will follow you

Sunday 27 September 2015

Teknik meningkatkan penghasilan susu badan

Susu merudum?
Oh my
Mula la hati nak rase susah kannn

Punca kejadian ini berlaku adalah pada cuti Raya Aidiladha saya tertinggal pam di Kuantan..sobss
Macam ni lah mak mak bekerja
Bila cuti jangan lah mngepam pon cuti
Akibatnya penghasilan susu akan berkurang bila bekerja

Tapi mama afif wat lek wat peace haje lagi kehkeh
Sebab dh tau bila susu merudum apa nak buat

Power Pumping
Power pumping merupakan satu teknik yang meniru keadaan baby yang sedang mengalami 'growth spurt' iaitu dengan menghantar signal kepada badan kita untuk menghasilkan lebih susu.

Cara power pumping dengan pam double:
20 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam

Cara power pumping dengan pam single/marmet:
10 minit pam sebelah kanan
10 minit pam sebelah kiri
10 minit pam sebelah kanan
10 minit pam sebelah kiri
10 minit pam sebelah kanan
10 minit pam sebelah kiri

Kedua2 cara ni total die 60 minit iaitu sejam
Paham kann

Power pumping seeloknya dilakukan pada jam 12 pagi hingga 6 pagi
Time ni lah badan kita mengeluarkan hormon prolaktin dengan tinggi
Seminggu 3 kali
Lepas 3 hari berturut2 wat power pumping insyaAllah supply akan meningkat (bergantung pada badan seseorang berapa lama kena wat)
Selamat mencuba....chayokk mommies!

Dulu masa belum ada pam saya wat power pumping dengan marmet sahaja
Ha power tak power
Yang penting usaha & jangan susah2 hati hokeh

Sunday 20 September 2015

eco brown free sample giveaway

Baru-baru ni suka2 nak cuba giveaway dari eco brown
Alhamdulillah
Bertuah juga rupanya saya haha

Thank you eco brown kasik free 500g eco brown's original rice kat afif
Dah pun selamat sampai
Excited nak bukak

Brown is Better


Ini lah dia 500g ecobrown's original unpolished brown rice
Lepas ni tunggu entry saya cara nak wat bubur baby dari brown rice ni hihih